(ya, saya tau yg baca belog saya adalah kwn2 saya saja.. ada la lam 10 horang kots! sbb saya amat low profile utk mendedahkan belog saya yg hampeh.com.my neh.. ahaks!!)
entry kali nih bukan nak becerita pasal anak..
bukan pasal ako yg meroyan dok idam tuh idam ni..
bukan pasal ako yang gemok dan pelan2 kurus ako yg x penah nak sukses...
bukan pasal topik2 yg ako dok tulis selalu..
tapi.. kali ni nak tulis pasal benda yg serius sikit..
yang ako rasa ako patut kongsi ngan kawan-kawan ako semua
dan yg patut ako tulis kat sini, sbgai reminder utk diri sndri dan kawan2 ku tercenta..
ecehh.. ada yg saspen dak ngan keseriusan cik sal bersastera? wahahahah...
weekend lepas, sabtu ahad adalah hari ako mengkhatam membaca blog ini, ini dan banyak lagi yg seangkatan dengannya..hasilnya, Allahuakbar, MasyaAllah.. banyak yang ako tatau rupanya.. banyak yang ako kena perbaiki diri ako sndri..
bermula di sini, ako baca pasal kesah AJL..
sbb ako tak paham istilah2 yg digunakan, illuminati la.. masonic la hapa laa..
trus ako google dan ako dapat masuk website yang leh bg ako info bukan sedikit.. tapi amat banyak .. info2 yang ako x penah terpk dek akal ako..info2 yang mmg x penah ako sangka..
all this while ada gak ako baca pasal benda2 yg lebih kurang isu nih, tp ako malas nak mendetailkannya, ako malas nak pk lelebey.. pasai ako bukan sorang yg bijak agama pun..ilmu agama yg ada pun cukup2 makan ja pun..tp tatau kenapa, Allah bukakkan hati ako utk baca and cari info pasal benda nih..sbb ako rasa apa yg ada kat AJL tuh terlalu obvious.. bukan stakat 1 2 sign, tp banyak.. so, takan lah kebetulan.. itulah yg selalu dalam minda kita selama ni.. kebetulan..tapi sampai bila nak anggap semuanya kebetulankan..lu pikirlah sndri kan!
T.A.K.U.T
yup, mmg masa baca tuh ako takut.. tp semangat inkuiri utk nak tau adalah tinggi..
dan bila ako pk balik.. ako patut tau..supaya ako ada knowledge, dan surely utk ako baiki diri sndri yang mmg sememangnya banyak dosa, ibadat yang kurang..
bila dah baca blog2 di atas tuh.. ako terpanggil utk baca setiap entry utk ako pahamkan lagi apa yg ako x paham selama ni.. overall, blog2 ni menulis pasal dunia dah akhir zaman, dajjal laknatullah-siapa dia sebenarnya, kaum Yahudi (yea, now ako dh paham siapa manusia yahudi tu, previously ako sedikit2 blur bila org kata org yahudi tuh jahat!), imam mahadi, bangsa Melayu, konspirasi2 dunia yang masyaAllah amatlah dasyat skali ropanya diorang nak jatuhkan Islam! dan banyak lagik.. dan juga video2 siri the Arrival, mmg kita patut tgk, patut baca dan patut amik tau! sampai bila kita nak tak amik tau pasal benda2 nih? kalo kita tetap buat buat tatau.. mmg kita akan dok kat takok lama jaaa..ntah, tetiba ako rasa ako bersemangat dan berkobar2 bila segala fakta2 nih dibongkarkan oleh krew2 Free Our Mind dan ako bersyukur jugak yang ako terpanggil nak baca in detail, so that ako mmg dapat tau apa yg ako x tatau dan x penah amik tau..
penahkan kita terpk, kenapa org2 Barat (Yahudi to be truth) amat bencikan Islam? amat nak pecah belahkan Islam? amat nak musnahkan Islam? sebabnya satu, sebab they know that Islam is the only real-truth religion! thats all.. but they still want to deny, WHY?? because they believe on their Lord leh lawan kuasa Allah yang satu! sapa dia yang depa agung2kan tuh?-si Dajjal tuhlah! sebabnya.. selama nih si Dajjal tuh tunjuk banyak kekuasaan,perluasan yang finally buat tentera2 Dajjal nih pecaya that Dajjal buleh buat apa saja yg dia suka, termasuk melawan Allah! tapi.. mmg depa silap lah kan! dah tau benda tuh betul, tp still nak lawan kan.. mmg bodohlah depa nih!
sistem bar kod, all seing eye concept, unfinished pyramid, penggunaan bulan dan bintang dalam logo2 dan masjid2, ada apa dengan 2012, kematian Micheal Jackson, gambar2 pada sejadah kita, pengaruh2 dari hollywood (artis2 dan their films), pencerobohan masjidil al-aqsa, secret behind no 666 and 911, and the latest from jejejaki tinggalan rasul-penggunaan ubat gigi! sooo many things tanpa kita sedar diorang cuba nk 'membeli' kita dengan pengaruh2 mereka ini by controlling of our unconcius mind! masyaAllah.. mmg detail betul perancangan meraka2 penjahanam ni..kat Malaysia ni, tanpa kita sedar mmg dah banyak binaan2 yang berasaskan binaan Dajjal-cthnya KLCC, Millenium Monument kat Putrajaya, dan juga Sunway Pyramid tuh..pegi lah baca sndri apa ada dengan bangunan2 tuh...
besides, from the readings, ako jugak lebih paham konsep Yakjud Makjud, Imam Al-Mahdi, Dajjal, Yahudi-Israel, all Secret Societies (their mission and agenda), Panji Hitam Ufuk Timur, Pemuda Bani Tamim, tanda2 akhir zaman yang nyata dan telah berlaku bersama2 bukti hadis dan al-quran, agama2 lain-Kristian, Hindu, etc dan kaitan2 agama ini, siapa orang Melayu-susur galur keturunan, dan jugak ramalan2 akhir zaman yang dibuat berdasarkan hadis, sunnah, Al-Quran dan mcm mcm lagi lah..
so, disini ako tinggalkan korang dengan satu article dari Free Our Mind
semoga sedikit sebnyak apa yg ako tulis ni, dapat membantu kita semua dalam membaiki diri..Wallahualam..
Hadis Nabi yang masyur:-
’Setiap awal kurun Hijrah, Allah akan membangkitkan mujaddid(reformer/pembaharu) urusan agamaNYA’
Saya akan detialkan setiap maksud ayat ini, insyallah.
-Setiap awal kurun.
Bermaksud, kurun boleh di bahagikan kepada 3 bahagian, iaitu awal, tengah dan akhir. Begitu juga dengan tahun. Awal tahun tengah tahun dan akhir tahun. Jika kita selidiki tahun, awal tahun akan bermula dengan Januari, Februari dan Mac.
Apa bila masuk April ia akan di katakan tengah tahun sampailah ke bulan Ogos dan bila ke bulan September dan di akhiri dengan Disember, maka kita panggil akhir tahun. Serupa juga dengan awal kurun. Kurun bermaksud 100 tahun. Kebiasaannya tengah tahun adalah lagi panjang tempoh masanya dari awal dan akhir. Kita boleh bahagikan kepada 30 tahun awal, 40 tahun tengah dan 30 tahun akhir. Bila di sebutkan awal kurun, maksudnya di sini ialah 30 tahun awal Hijrah. Jadi, mujaddid harus muncul di antara tempoh ini.
-Allah akan membangkitkan mujaddid/reformer/pembaharu ke atas urusan agamaNYA
Mujaddid adalah sebagai seseorang individu yang bertanggungjawab ke atas urusan agama Islam. Perubahan atau evolusi ini bertujuan untuk selari atau selaraskan islam dengan peredaran zaman. Imam syafie adalah salah seorang mujaddid pada kurun kedua atau ketiga Hijrah. Saudara saudari boleh rujuk pada buku-buku agama mengenai mujaddid ini. Ia sangat berkaitan dengan Pemuda Bani Tamim
-Kaitan Mujaddid dengan Pemuda Bani Tamim?
Ya, ia amat berkaitan kerana ramai menyangkakan untuk kurun 14 Hijrah ini, seorang mujaddid besar akan muncul kerana Islam telah berada di bawah dan sangat perlukan hero ini. Sehingga kini, tiada seorang pun yang layak bergelar mujaddid kerana mujaddid pada kurun ini perlu ‘cuci’ kekotoran dalam agama baik dari orang kafir, dari kesan-kesan iblis dan syaitan dan juga dari umat Islam itu sendiri.
-Kenapa mujaddid kurun ini masih belum keluar?
Saya hanya boleh katakan begini, umat islam tidak bersatu. Benar, umat islam tidak bersatu kerana saling berselisihan di antara satu sama lain untuk menegakkan benang yang basah. Ketidakserasian dalam penghantaran ‘frenkuensi’ dalam niat dan doa untuk melahirkan seorang mujaddid atau hero ini tidak mungkin akan di realisasikan. Mungkin juga, watak itu sudah ada di mana-mana tetapi masih belum di ‘play’kan kerana masih belum cukup pelakonnya. Masakan sesebuah teater akan di lakonkan jika hanya seorang watak di wujudkan.
-Mujaddid ini seorang atau ramai?
Ia boleh berlaku ramai, boleh berlaku perseorangan. kebanyakannya individu akan tetapi mesti ada watak pembantu di belakangnya. Maksudnya di sini, mujaddid akan muncul dan watak pembantu si mujaddid ini juga akan datang serentak dengan kemunculan mujaddid demi mempermudahkan lagi urusan agama islam. Hal ini pernah terjadi pada kurun ke-13 dimana Syeikh Muhammad Abduh di bantu oleh Jamaluddin Al-Afgastani.
-Mujaddid kurun ke 14 akan muncul bila?
-Seperti yang di beri tahu, ia akan muncul dalam tempoh awal kurun iaitu 30-35 tahun hijrah. kini, di 2009, kita memasuki 1430 hijrah.
-Pemuda Bani Tamim itu mujaddid?
Seluruh nusantara mengenali Pemuda Bani Tamim ini dan ada yang tidak. Nama ini tidak semasyur Mahdi atau Nabi Isa. Walaubagaimanapun, sedikit pengenalan mengenali Pemuda Bani Tamim dan mengelaskan dia sebagai mujaddid sedikit sebanyak akan mewujudkan watak ini. tetapi tahukah anda, sebelum watak ini muncul, satu watak lain harus muncul dahulu? Dalam penyelidikan saya watak ini di panggil the beast atau third anti-christ oleh Notradamus manakala Islam pula mengelarkannya AL-SUFYANI.
-
Saya masih tidak tahu siapa atau apa Sufyani. Pada mulanya saya sangkakan Al-sufyani sebagai AS , akan tetapi bila di kaji secara mendalam mengenai kronologi pergerakan Al-Sufyani, bala tentera atau dia sendiri mampu memasuki Mekah dan Madinah untuk mengejar/menangkap Imam Mahdi nanti. Jelas di sini, the third antichrist mungkin dari kalangan muslim itu sendiri.
-Apa kaitan Al-Sufyani dan Pemuda Bani Tamim sebagai mujaddid?
Saya telah menerangkan bahawa Al-Sufyani ini mungkin dari muslim dan jika dari hadis, Pemuda Bani Tamimn dan sahabatnya adalah musuh Al-Sufyani ini. Jika anda selidiki hadis, maka anda akan jumpa Pemuda Bani Tamim ini adalah ketua panji hitam. Bagaimana dia dapat panji itu dan apa itu panji hitam, masih saya tidak ketahui. Mengikut kronologi, bila masa sahaja Al-Sufyani bangkit, ia akan berbaiah dengan sekutunya iaitu Rom dan Turki (jika mengikut hadis). Sebaik sahaja dia bersatu, di akan memasuki Kufah dan panji hitam dari timur akan bergegas kesana. Jadi kaitannya di sini adalah, saat pemuda bani tamim bangkit, ia di gelar mujaddid kerana membela syiar islam dan membawa islam ke tahap kebersihannya. ini dapat di lihat dari sifat-sifat thoifah atau tenteranya.
-Panji Hitam Dari Timur? Berapa ramai bersama Pemuda Bani Tamim?
Jawapannya adalah lagi 2 orang. kesemuanya dari timur. Jika di amati dari hadis, ketiga mereka berasal dari negara yang berdekatan dan ianya di kenali sebagai nusantara atau tanah melayu.
-Siapa mereka?
Gelaran bagi mereka adalah Haris al-Harath, Pemuda Bani Hasyim dan pemuda bani tamim atau Syuib bin Saleh.
-Jika Al-Sufyani seorang muslim dan dia menyerang muslim, kenapa harus ini berlaku?
Saya masih tidak menjumpai secara lengkap perihal Al-Sufyani ini. Jika di amati dalam ramalan Notradumas, the beast berperang bermotifkan balas dendam. Timbul persoalan di fikiran saya. dia membalas dendam di atas apa?
-Apa kesimpulannya dari petikan ini?
Sesungguhnya kita masih ada lagi sekurangnya 5 tahun untuk membangkitkan watak-watak ini. kita sudah pun ‘menghidupkan’ watak-watak seperti Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. Masakan kita menuju ke arah Imam Mahdi jika kita tidak menjumpai pintu menuju kearahnya. Di sini, saya katakan, untuk menemui pintu itu, kebangkitan watak-watak seperti Al-Sufyani, Haris Harasth dan Pemuda Bani Hasyim adalah sesuatu kemestian.
-Bagaimana untuk ‘mewujudkan’ watak ini?
Kita sudah mengetahui cerita mengenai Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi. Sedikit sebanyak ia ‘hidup’ bersama diri kita. Bila ia hidup bersama diri kita, mungkin salah seorang yang mengetahui cerita watak-watak ini akan ‘melakonkan’ watak itu secara spontan malahan tidak di sedarinya. sebab itu saya kata, watak Pemuda Bani Tamim atau Imam Mahdi hanya tunggu giliran untuk melakonkan wataknya. Mereka menunggu watak di hadapan mereka sahaja. Untuk hidupkan watak di hadapan watak bergelar Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim serta sebagainya ini, kita harus mengetahui dan ‘menghidupkan’ dulu watak Pemuda Bani Hasyim, Haris Al-Harath dan Al-Sufyani. Bila watak mereka hidup di akal kita, pasti akan ada salah seorang dari manusia di muka bumi ini secara tidak langsung bersesuai dengan watak-watak ini dan seterusnya melakonkan watak itu secara tidak di sedarinya. Maka inilah fungsinya ‘penghidupan watak-watak? Di dalam akal kita baik sedikit atau banyak yang kita ketahui.
-Jika watak ini sudah berjumpa dengan ‘pelakonnya’, apa akan jadi?
Di sini saya tidak mahu menakutkan anda akan tetapi inilah hakikatnya. Bila pelakon-pelakon sudah bersedia dengan wataknya, maka kita tunggu sahaja panggilan syahid iaitu Perang Dunia Ketiga!
-Apakah gila untuk hidupakan watak-watak ini semata perang dunia ketiga?.
Saya nasihatkan jangan takut kerana ini adalah hakikat kejadian alam. Sebelum berlakunya kiamat, kita harus memasuki proses pembersihan dahulu. Ianya seakan membasuh kotoran di muka bumi ini. Kenapa saya kata jangan takut? Ini kerana, sudah janji tuhan, hampir setiap kronologi peperangan, pihak timur iaitu panji hitam akan menang. Tambahan pula, kekuatan tentera panji hitam mampu meratakan gunung. Ini adalah kisah dari hadis.
-Mereka mengunakan teknologi persenjataan canggih?
Entahlah.
-Berapa lama perang ini berlangsung? Apa yang akan terjadi selepas perang ini?
Mengikut Nostradamos, perang ini berlanjutan selama 7 tahun sahaja dan kemenangan di pihak panji hitam. Hadiahnya adalah sebuah keamanan di bawah pemerintahan Imam Mahdi yang juga di kenali sebagai avatar. Jadi, demi menuju ke sebuah keamanan total, Kita harus menghadapi kekalutan yang hanya selama 7 tahun sahaja.
Tidak berbaloikah itu?
Wallahualam>
1 comments:
wawa, somi aku pun lately dok download mcm2 dari free our mind nih
diapun dok citer kat aku sama mcm hang ckp ni
betoi wei, takut kan bila tau sume2 ni?
aku sedih, sian anak2 kita dilahirkan di zaman penuh cabaran nih
-ida
Post a Comment